suria

Ibu Ahli Parlimen Balik Pulau Dirompak

GEORGE TOWN: Ibu kepada Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff mengalami kejutan selepas dia dirompak di rumahnya di Jalan Baru, Balik Pulau, awal Rabu.

Fatimah Ahmad, 73, telah dikejutkan dari tidur pada kira-kira pukul 4.00 pagi oleh seorang lelaki yang memegang pisau dan meletakkannya di leher serta menuntut wang dan barang berharga.

Fatimah, yang bersendirian di rumah, menyerahkan barang-barang berharga termasuk wang RM3,000.

Difahamkan mukanya telah ditumbuk oleh penjenayah itu.

Seorang jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan Fatimah yang membuat laporan polis pada pukul 6.30 pagi.

Artikel Lain