suria

Komuniti India Muslima Diminta Terus Sokong Kerajaan Untuk Kekalkan Keharmonian Kaum

GEORGE TOWN: Komuniti India muslim di negara ini disaran agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan keharmonian kaum itu berkekalan pada masa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata komuniti India muslim di negara ini mempunyai pengaruh tersendiri dalam memberi sumbangan bermakna kepada negara, seterusnya menjayakan Wawasan 2020.

"Kita mempunyai kekuatan ekonomi serta kaya dengan budaya yang unik, dan sudah ramai antara kita telah mendapat tempat dalam bidang profesional di pelbagai sektor.

"Justeru itu, kita harus berbakti pada negara yang telah memberi banyak ruang dan peluang untuk kita memajukan diri sehingga ke tahap kita berada sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Hari Kebudayaan India Muslim di sini, Sabtu.

Beliau berkata kepimpinan kerajaan sekarang menekankan prinsip Islam dan amat bertepatan dengan dasar yang didokong komuniti itu, yang mementingkan kehidupan beragama.

"Masa depan kita bergantung kepada situasi di mana kepimpinan harus terus kekal pentadbiran berjiwa islam... ini yang harus kita perjuangkan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain