Polis Tumpaskan "Geng Ah Kaw" Terlibat Kegiatan Samun Di Ipoh - Semasa | mStar

Polis Tumpaskan "Geng Ah Kaw" Terlibat Kegiatan Samun Di Ipoh

IPOH: Polis percaya dapat menumpaskan kumpulan yang dikenali sebagai 'Geng Ah Kaw' berikutan penahanan lima orang, dua daripadanya wanita, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun bersenjata dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata empat orang, termasuk dua wanita berusia lingkungan 26 hingga 33 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di sebuah rumah di Taman Rasi, Menglembu di sini hasil maklumat orang awam.

Susulan penangkapan itu, polis menahan seorang lagi suspek berusia 30 tahun pada 7 pagi di sebuah rumah di Taman Mas, Menglembu.

Siasatan mendapati dua daripada lelaki itu baru sebulan dibebaskan dari Pusat Tahanan Machang, Kelantan berkaitan kesalahan mengikut Ordinan Darurat membabitkan pecah rumah dan curi kenderaan, katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Azisman berkata polis turut merampas sebuah kereta dan hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis menemui beberapa barangan samun, antaranya pelbagai jenis barangan elektrik yang kesemuanya bernilai lebih RM100,000.

Turut dirampas empat bilah pedang dan beberapa alat gerudi yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kegiatan samun itu.

Azisman berkata siasatan juga mendapati kereta jenis Toyota-Vios yang digunakan oleh kumpulan terbabit merupakan kereta curi yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu di Menglembu.

Kereta itu digunakan oleh geng tersebut dalam kegiatan samun dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Beliau berkata siasatan mendapati kumpulan ini melakukan samun sejak tiga bulan lepas di sekitar bandar raya ini pada tengah malam dan awal pagi dengan bersenjatakan parang di sekitar kawasan perumahan terutamanya di kawasan terpencil dan sunyi.

Setakat ini polis mendapati mereka telah melakukan lima kes samun dan mereka ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Azisman meminta orang ramai yang menjadi mangsa samun supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk mengenal pasti barangan milik mereka selain menyalurkan maklumat bagi membantu polis menjalankan siasatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, polis menahan 14 orang berusia antara 20 dan 43 tahun, termasuk seorang wanita, kerana didapati terbabit dalam kegiatan perjudian haram di Ekspo Ria Funfare di sini Rabu lalu.

Azisman berkata polis mendapati ekspo berkenaan menjalankan kegiatan judi dengan menawarkan wang tunai kepada pelanggan yang memenangi pertaruhan.

Polis mendapati permit yang diluluskan kepada penyelia ekspo itu menyenaraikan tujuh permainan yang diluluskan dan siasatan mendapati ada enam permainan lain yang ditawarkan dan disalahgunakan dengan menjalankan kegiatan judi haram, katanya.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala seorang pekerja warga Bangladesh ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Kegiatan mereka disedari oleh pelanggan yang mengunjungi ke ekspo berkenaan dan membuat laporan polis, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Polis Panggil Irene Fernandez

Artikel Berikut

PR Janji Beri Kaum Ibu RM50 Sebulan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain