Rusuhan 28 April: Polis Terengganu Tahan Tiga, Masih Buru Seorang - Semasa | mStar

Rusuhan 28 April: Polis Terengganu Tahan Tiga, Masih Buru Seorang

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya memburu dan menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam rusuhan semasa perhimpunan bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata tiga lelaki terbabit adalah antara empat yang diburu di negeri ini, selepas identiti yang terlibat rusuhan itu didedahkan Bukit Aman awal bulan ini.

Kesemua mereka yang berusia antara 20-an dan 40-an ditahan di rumah masing-masing iaitu dua di Marang dan seorang di Kemaman, manakala seorang lagi yang masih diburu berasal dari Dungun, katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit telah diserahkan kepada Bukit Aman.

Pada 9 Mei lalu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilapor memberi tempoh tujuh hari kepada individu yang gambarnya disiarkan polis untuk menyerah diri, bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu.

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dilapor berkata polis masih memburu 113 daripada 141 individu yang gambarnya disiarkan polis menerusi media massa. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain