suria

Beri Pengiktirafan Kepada Ibu - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh masyarakat agar memberi pengiktirafan kepada semua golongan ibu generasi X dan Y yang tekad dan gigih mengimbangi kerjaya dan keluarga. "Hari Ibu tahun ini memberi fokus kepada peranan ibu-ibu muda terutamanya yang bekerja. Selamat Hari Ibu!" katanya.

Najib, yang juga pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian dalam status terbarunya dalam laman sosial Facebook hari ini sempena Hari Ibu esok. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain