suria

Kementerian Kewangan Tidak Bercadang Wajibkan Pembayaran Cukai Melalui E-Filing

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui sistem e-filing berikutan cadangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui e-filing," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pengarah LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar baru-baru ini telah mencadangkan usul kepada kementerian untuk mewajibkan pembayaran cukai melalui sistem e-filing. - BERNAMA

Artikel Lain