Reman Suspek Kes Dera Amah Disambung Seminggu Lagi - Semasa | mStar

Reman Suspek Kes Dera Amah Disambung Seminggu Lagi

BUKIT MERTAJAM: Polis menyambung reman ke atas lima orang termasuk dua wanita yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang amah warga Kemboja yang ditemui mati dipercayai didera majikannya di Taman Asas Murni di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata pasangan suami isteri dan tiga pekerjanya yang tamat reman pada Sabtu disambung reman seminggu lagi bagi melengkapkan siasatan.

"Pasangan suami isteri dan tiga pekerja kedai menjual alat pertukangan berusia 30 hingga 40 tahun itu kini disambung reman bagi kita melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Kor Kadet Polis ke-42 di sini, Sabtu.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabtu lepas polis menemui mayat Mey Sichan, 24, di atas sebuah katil dalam sebuah stor barang di premis berkenaan.

Siasatan awal polis turut menemui beberapa kesan calar di bahagian belakang badan selain luka di telinga dan kaki mangsa serta lebam di badannya.

Berat badan mangsa didapati susut mendadak daripada berat badan normal kepada 26 kilogram kerana dipercayai tidak diberi makan oleh majikannya.

Disamping itu hasil bedah siasat juga menunjukkan mangsa mengalami ulser dan usus perutnya pecah. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain