Pemilikan Saham Jutaan Ringgit: Azmin Enggan Layan Tuntutan PKR Ampang - Semasa | mStar

Pemilikan Saham Jutaan Ringgit: Azmin Enggan Layan Tuntutan PKR Ampang

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali enggan melayan tuntutan PKR Cabang Ampang yang mencabar beliau menjelaskan mengenai pemilikan saham bernilai jutaan ringgit.

Azmin berkata tidak ada sebab kukuh untuknya mengungkit kembali isu yang timbul sejak 20 tahun lalu selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak ada bukti yang dapat mengaitkannya dengan dakwaan itu.

"Saya dah terangkan panjang lebar, tiada lagi yang perlu diulas. Hanya yang buta dan tuli sahaja percaya fitnah saya ada saham sebegitu banyak,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Pada Rabu, Ketua Penerangan PKR Ampang Mohd Isa Saidi mengugut untuk keluar parti jika Ahli Parlimen Gombak itu gagal menjelaskan kepada ahli parti mengenai dakwaan beliau dan isterinya memiliki saham sewaktu menjadi pegawai kerajaan pada tahun 1992.

Katanya, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan kepercayaan ahli dan penyokong PKR tidak terjejas.

Beliau juga mendesak Azmin supaya meninggalkan PKR jika masih enggan membuka mulut mengenai isu tersebut.

Mac lalu, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta, sedangkan ketika itu (antara tahun 1990-1994) difahamkan beliau hanya menerima pendapatan kira-kira RM2,000 saja.

Dakwaan itu awalnya ditimbulkan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran, namun menyebut nilainya mencecah RM8.5 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini