Umno P.Pinang Kesal Pemimpin PAS Membisu Isu Tapak Masjid Bayan Mutiara

NIBONG TEBAL: Umno Pulau Pinang kesal dengan sikap pemimpin PAS di negeri itu yang membisu mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid dan sekolah di tanah Bayan Mutiara di George Town.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata sikap membisu pemimpin PAS dan juga exco agama, Abdul Malik Abul Kassim dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Osman, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat, membuktikan mereka tidak bertanggungjawab membela maruah umat Islam di negeri itu.

"Isu masjid dan sekolah itu menjadi isu umat Islam di negeri ini dan ianya bukan isu Umno sahaja yang memperjuangkan mengenai kepentingan umat Islam di negeri ini.

"Sebagai pemimpin Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang, PAS dan mereka yang beragama Islam perlu bersuara dalam mempertahankan hak umat Islam dan bukannya bersikap mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan wang pembangunan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Simpang Tiga, Sungai Acheh di sini, Selasa.

Zainal Abidin berkata dalam isu tapak masjid dan sekolah itu, soal politik harus diketepikan kerana kepentingan rakyat dan umat Islam perlu diutamakan.

Beliau juga berkata kerajaan pusat menyediakan peruntukan RM2.2 juta untuk membantu 101 SAR dan Kafa di Pulau Pinang.

Katanya bantuan itu bagi memberi keselesaan kepada murid untuk mendapat pendidikan agama. - BERNAMA

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Artikel Lain