suria

Balas Dendam Secara Dalam Talian

PETALING JAYA: “Ada orang yang cuba untuk merosakkan reputasi, kerjaya dan kehidupan saya. Tolonglah, saya sudah tidak tahan dan begitu tertekan," demikian yang ditulis oleh seorang pengguna Internet kepada Pusat Aduan Cyber999.

Seorang pengguna Internet yang lain pula dianiaya menerusi gambar bogelnya yang disiarkan, berserta dengan maklumat palsu yang memfitnah menggunakan namanya.

Ini merupakan hanya dua kes daripada ramai individu yang menjadi mangsa buli secara dalam talian, yang menggunakan laman rangkaian sosial seperti Facebook seperti mengintip, membuat gangguan dan melakukan perkara yang mengaibkan mangsa.

Ayat-ayat, gambar dan kadang-kala merupakan video yang difitnah, dimuat naik boleh dikongsi oleh jutaan pengguna Internet, telah digunakan untuk menjejaskan sasaran mereka sebagai mangsa, yang dilih secara rawak manakala yang lain disebabkan oleh perasan cemburu atau mempunyai keinginan untuk membalas dendam.

Cybersecurity Malaysia menerima sebanyak 952 aduan sejak dua tahun lalu, kira-kira 500 aduan daripadanya dilaporkan pada tahun 2011.

“Bagaimanapun, ia hanyalah sedikit kerana terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leftenan Kolonel Prof Datuk Husin Jazri.

Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) itu mendapati pengguna Internet berumur antara 26 dan 46 tahun merupakan kumpulan yang sering menjadi sasaran sebagai mangsa, diikuti mereka yang berumur antara 19 dan 25 tahun.

Husin bagaimanapun menegaskan bahawa semua individu tanpa mengira usia berpotensi untuk menjadi mangsa.

“Sesetengah laporan yang diterima oleh pusat aduan kami, dibuat oleh mereka yang sudah pun berusia,” katanya.

Buli menerusi siber merupakan masalah yang melanda seluruh dunia, merupakan sesuatu yang amat serius terutama di Amerika Syarikat (AS) di mana hampir setengah daripada remaja di negara itu dilaporkan menjadi mangsa dan segelintirnya cuba untuk membunuh diri.

Husin berkata, buli melalui siber sudha pun berada pada tahap yang membimbangkan di Malaysia dan dipercayai satu cara yang boleh dilakukan adalah mendidik pengguna Internet mengenai menggunakannya secara selamat, terutama apabila berkongsi gambar dan video mereka.

“Walaupun berkongsi itu ‘dikatakan’ sebagai mengambil berat, tetapi anda tidak boleh cuai mengenai perkara seumpama ini. Jangan biarkan keselamatan anda diancam. Pastikan apa yang anda kongsikan itu, dan dengan siapa ia dikongsikan,” katanya.

Husin menasihatkan para pengguna Internet supaya memastikan kata laluan mereka adalah sulit dan terjamin.

“Amat penting juga bagi mereka supaya memahami tentang pilihan keselamatan dan rahsia pada laman rangkaian sosial yang digunakan.

“Pendidikan (mengenai keselamatan Internet) perlu dimulakan lebih awal sebagaimana orang ramai memahami untuk menggunakan komputer atau telefon pintar,” katanya.

Artikel Lain