suria

Najib Tiba Di Perak Untuk Lawatan Kerja Sehari

BERUAS: Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan kerja sehari ke Perak pada Sabtu dengan menghadiri program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas, di sini.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira pukul 10 pagi disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Najib dijadual menghadiri majlis Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli di Padang TNB, Batu 7, Kuala Woh di Tapah.

Pada sebelah petang, Najib akan merasmikan pembukaan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wan Hwa 2, di Menglembu.

Sejurus selepas itu, beliau akan menghadiri program mesra rakyat bersama masyarakat India di Kg. Kacang Putih, Buntong.

Perdana Menteri dijadual mengakhiri lawatan sehari ke Perak dengan menghadiri majlis makan malam bersama-sama Persatuan Agama-agama Cina negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di sini. - BERNAMA

Artikel Lain