suria

Lelaki Hilang Sejak 7 Mac Lalu Ditemui Terapung Di Empangan Hulu Kinta

IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta sembilan haru lalu ditemui mati lemas pada Jumaat.

Mayat Jisfri Zainon, 45, ditemui terapung di tebing empangan pada pukul 8.50 pagi Jumaat oleh anggota Pasukan Gerak Am.

Mangsa yang bekerja dengan syarikat Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di empangan itu dan dilaporkan terjatuh ke dalam empangan sedalam 90 meter itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata mayat mangsa hampir reput dan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. - BERNAMA

Artikel Lain