Hiba & Sayu Menyelubungi Kediaman Dirang - Semasa | mStar

Hiba & Sayu Menyelubungi Kediaman Dirang

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang mati dalam keadaan menyedihkan.
Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang mati dalam keadaan menyedihkan.

JOHOR BAHARU: Hanya esakan dan tangisan kedengaran di rumah kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang sebaik sahaja polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.

Roselyn juga pengsan seketika selepas menangis lebih sejam sebaik dihubungi oleh pihak polis melalui telefon kira-kira 6.40 petang tadi bagi mengesahkan perkara itu setelah menerima hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia hari ini.

Tinjauan Bernama di rumah mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini mendapati, suasana hiba menyelubungi rumah mereka yang dipenuhi oleh kaum keluarga, jiran dan wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang kes itu.

Esakan dan tangisan Roselyn yang berada dalam sebuah daripada bilik di rumah itu jelas kedengaran di ruang tamu menyebabkan mereka yang berkunjung di rumah itu tidak dapat menahan daripada turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa mangsa.

Roselyn dan suaminya Lima Medeng, 25, juga enggan ditemu bual pemberita kerana terlalu sedih dan terkejut dengan perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, nenek kanak-kanak itu, Milnah Jul, 56, berkata, ketika anaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu, beliau berada di bawah flat itu.

"Saya berada di bawah flat ketika Roselyn menelefon saya memaklumkan menerima panggilan daripada polis memberitahu mayat rentung yang ditemui sebelum ini adalah Dirang.

"Kami sekeluarga amat terkejut dan tidak menyangka sebab sebelum ini polis memaklumkan mayat itu adalah rangka orang dewasa," katanya.

Milnah kemudian dilihat tidak dapat menahan air mata serta tidak dapat berkata-kata akibat terlalu sebak dan terus masuk ke bilik sambil menangis.

Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44 berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

"Sehingga petang tadi kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang saya anggap sebagai cucu saya sendiri.

"Saya sendiri terguris dan tak senang hati sejak mangsa hilang. Saya masuk kelapa sawit bantu cari...sebagai jiran saya rasa sakit, tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika ini," katanya yang mendapat tahu tentang perkara itu lewat petang tadi dan terus datang ke rumah Roselyn yang telah dianggap sebagai keluarga.

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain