suria

Demonstrasi Anti Lynas Langgar Syarat Himpunan

KUANTAN: Penganjur Himpunan Hijau 2.0 didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui bagi mengadakan himpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK4) di sini, Ahad kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusoff.

Beliau berkata antara garis panduan yang telah dilanggar ialah beberapa kumpulan didapati berarak daripada tempat mereka berkumpul menuju ke padang MPK 4 bersama-sama pemimpin parti pembangkang, membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun menyertai himpunan, memberi ucapan berbaur politik serta menjual dan mempamerkan pelekat serta sepanduk yang mengutuk kerajaan turut di bawa oleh peserta.

“Kami akan memanggil pihak penganjur dalam satu pertemuan bagi membincangkan mengenai syarat-syarat yang dilanggar.

“Dalam pertemuaan sebelum memberikan kelulusan untuk mengadakan himpunan, pihak penganjur telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pada masa akan datang kami akan mengkaji semula kelulusan untuk membenarkan himpunan seperti ini, agar masalah yang sama tidak akan berulang,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mohd Jasmani berkata pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Piihak polis juga memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut diletakkan di kawasan perhimpunan bagi mengawal keadaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain