KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan satu gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 6.34 malam Selasa.Menurut kenyataan jabatan itu semalam, lokasi gempa ialah kira-kira 186 kilometer timur laut Davao, Filipina dan kira-kira 963 kilometer timur laut Sandakan, Sabah. Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. - BERNAMA