suria

Polis Kedah Tingkatkan Rondaan Semasa Cuti Tahun Baru Cina

ALOR SETAR: Polis Kedah akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah sempena cuti Tahun Baru Cina bagi mengurangkan kejadian jenayah di kawasan-kawasan tersebut.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan 'panas' yang tidak selamat dan sering berlaku jenayah.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai yang akan meninggalkan rumah sepanjang cuti Tahun Baru Cina supaya memaklumkan ketiadaan mereka di balai polis yang berhampiran supaya kita dapat membuat rondaan di kawasan perumahan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata orang ramai yang akan meninggalkan rumah perlu memastikan rumah mereka berada dalam keadaan yang selamat dan tidak terdedah kepada kes kecurian.

"Mereka perlulah memastikan keadaan rumah dikunci dengan sempurna di samping tidak meninggalkan barang-barang yang mempunyai nilai di luar rumah bagi mengelakkan kejadian pecah rumah," katanya.-BERNAMA

Artikel Lain