suria

Tidak Wajar Guan Eng Minta 'Projek' Menerusi Media

GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan pada Isnin menyelar Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana tidak menggunakan saluran yang betul untuk meminta "pemberian" atau projek daripada kerajaan persekutuan.

Dr Teng, yang juga pengerusi Gerakan negeri, berkata sekiranya Ketua Menteri menghadapi sebarang masalah dengan mana-mana projek, beliau sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menanganinya dan bukannya menerusi media.

"Ini hanya berupa publisiti dan faedah politik untuk Guan Eng kerana terdapat saluran betul seperti semasa mesyuarat para Ketua Menteri dan Menteri Besar di peringkat persekutaun," katanya kepada pemberita di sini.

Teng berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang memetik Lim sebagai berkata "sekiranya Perdana Menteri datang ke Pulau Pinang tanpa mengumumkan sebarang "goodies" (pemberian projek), tiada sebarang makna untuk beliau berada di sini".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN pada 24 Jan di Tanjong City Marina. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain