suria

Bonda Saudara Sultan Johor Mangkat Akibat Sakit Jantung

JOHOR BAHARU: Tunku Tun Maimunah Almarhum Sultan Ismail, bonda saudara Sultan Johor Sultan Ibrahim, mangkat akibat sakit jantung di sini, Jumaat.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli ketika dihubungi berkata Tunku Tun Maimunah, 73, yang lebih dikenali sebagai Tunku Gedong, mangkat di kediamannya di Bukit Gedong di sini pada 4.50 pagi.

Diputerikan pada 12 Februari 1939, Tunku Tun Maimunah adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Sultanah Ungku Tun Aminah, merupakan isteri Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad.

Jenazahnya disemadikan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini pada 4.30 petang tadi. Sultan Johor Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan kerabat diraja Johor yang lain hadir pada istiadat pemakaman berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Ali Hassan dan barisan exco kerajaan negeri Johor. - BERNAMA

Artikel Lain