suria

Karpal, Ramasamy Akhirinya Berdamai

SHAH ALAM: Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr.P Ramasamy telah melupakan pertikaman lidah di antara mereka yang tercetus pada bulan lalu.

Dalam ucapannya pada persidangan kebangsaan DAP di sini Ahad, Karpal turut memuji Ramasamy kerana menjadi pemimpin India pertama memenang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri di negara ini.

Sambil menggesa orang ramai supaya mencontohi Ramasamy, Karpal turut meminta pemimpin parti supaya bersatu padu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

"Saya mahu semua individu dalam parti bersatu hati. Biarkan 'warlords dan godfathers' bangkit menentang Barisan Nasional," katanya.

Kemelut di antara kedua-dua pemimpin tertinggi DAP itu berlaku pada tahun lalu apabila Ramasamy melabelkan Karpal sebagai 'godfather'.

Dalam konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang di Butterworth bulan lalu, kira-kira 150 penyokong Ramasamy melakukan bantahan terhadap Karpal yang melabelkan Ramasamy sebagai 'warlord'.

Di sebalik kemelut itu, Karpal mengingatkan pemimpin muda supaya menghargai jasa veteran parti.

"Kita perlu menyokong pemimpin muda tetapi jangan lupa pengorbanan pemimpin veteran," katanya.

Artikel Lain