Muhyiddin Lawat Perlis 12 Januari Depan - Semasa | mStar

Muhyiddin Lawat Perlis 12 Januari Depan

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis pada 12 Januari ini dan dijadual bertemu pemimpin serta penduduk di tiga kawasan Parlimen.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pertemuan itu dijadual berlangsung di Dewan 2020 bagi Parlimen Kangar, Dewan Komuniti Beseri (Parlimen Padang Besar) dan Dewan Simpang Empat (Parlimen Arau).

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Komuniti 1Malaysia Kampung Ujung Bukit, Bintong, Khamis, Md Isa berkata Muhyiddin juga dijadual bertemu pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri pada sebelah pagi.

Md Isa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berharap Timbalan Perdana Menteri akan turut mengumumkan sesuatu semasa lawatan kerja beliau ke Perlis kali ini.

Mengenai kedudukan BN dan Umno negeri dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-13, beliau berkata semua pihak tidak boleh berasa selesa sebaliknya perlu bekerja keras bagi menjamin kemenangan parti.

Md Isa, yang juga Pengerusi BN Perlis, bagaimanapun yakin BN akan terus mendapat mandat memerintah Perlis selain merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Simpang Empat dan Sanglang yang dikuasai PAS.

Beliau juga percaya BN mampu mengekalkan kerusi yang diwakili MCA di Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan dan Titi Tinggi, walaupun dipercayai DAP mungkin meletakkan calon mereka.

Mengenai hubungan dengan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Md Isa berkata mereka tidak bermusuh malah pada minggu lepas, bekas Menteri Besar Perlis itu turut serta melakukan lawatan kerja ke Kampuchea, dan sepanjang lawatan itu, hubungan mereka amat mesra.

"Kami tidak pernah berkelahi kerana kami sedar kalau kami berkelahi, tidak ada siapa yang akan menang, sebaliknya akan memberi keuntungan kepada parti lawan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Mayat Reput Ditemui Di Rumah Kosong Di Kangar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain