suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1,113 Mangsa Banjir Masih Berada Di 23 Pusat Pemindahan Di Johor

JOHOR BARU: Seramai 1,113 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di negeri ini sehingga pukul 2 petang ini.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, kesemua mereka ditempatkan di 23 pusat pemindahan iaitu di 13 di Segamat, Mersing dan Batu Pahat masing-masing empat manakala dua di Kluang.

Laluan jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Sementara itu menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, air di beberapa batang sungai masih melebihi paras bahaya.

Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatat 2.77 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (9.37 meter), Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.91 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, (19.83 meter), Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.88 meter) dan Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.22 meter). - BERNAMA

Artikel Lain