suria

Rokok Seludup Bernilai RM90,000 Dirampas Di Perairan Sandakan

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 8,000 bungkus rokok bernilai RM90,000 yang cuba diseludup masuk ke daerah ini semalam.

Timbalan Ketua Polis Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata rampasan dilakukan selepas anggota PGM yang menahan sebuah bot laju di kawasan perairan Terusan Duyung pada 6.10 petang.

Katanya ketika cuba diperiksa, bot laju itu enggan berhenti dan apabila bot anggota PGM mengejarnya, bot laju itu hilang kawalan dan merempuh hutan bakau berhampiran.

"Juragan dan seorang pembantunya berjaya melarikan diri di kawasan hutan bakau itu," kata Fadzil.

Beliau berkata rokok itu yang cuba diseludup itu adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah ini. - BERNAMA

Artikel Lain