suria

Tengkorak Dan Serpihan Tulang Ditemui Di Bukit Ampang

KUALA LUMPUR: Satu tengkorak manusia serta beberapa serpihan tulang ditemui di tepi sungai berdekatan dengan cerun Menara Tinjau Bukit Ampang, dekat sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata tengkorak itu ditemui pada 11 pagi oleh seorang pekerja kontrak yang sedang membersihkan cerun itu.

"Lelaki itu ternampak tengkorak tersebut di tepi sungai ketika mahu menuruni cerun tersebut sebelum menghubungi polis.

"Tiada pengenalan diri ditemui. Setakat ini polis masih menyiasat penemuan tengkorak ini dan tidak dapat mengklasifikasikan kes tersebut," kata ketika dihubungi.

Amiruddin berkata tengkorak itu akan diserahkan kepada unit patalogi untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain