suria

Penganggur Terlepas Hukuman Gantung Dalam Kes Bunuh Dua Beranak, Pembantu Rumah

IPOH: Seorang penganggur terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan membunuh dua beranak serta pembantu rumah rumah mereka, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Chong Siew Khim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Shahrael Amir Suhaimi.

Dalam penghakimannya, Chong berkata terdapat pencanggahan keterangan serta bukti yang dikemukakan pendakwaan, termasuk kesan darah yang hanya ditemui pada jaket dan bukan pakaian tertuduh.

Beliau juga berkata kesan darah pada jaket itu juga tidak dibuktikan milik siapa, begitu juga dengan kesan tapak kasut di kawasan rumah mangsa.

Selain itu, Chong berkata pendakwaan gagal mengemukakan saksi bebas. Shahrael, 28, didakwa membunuh pemilik salon Wah Yah Mat Zi, 42, dan anaknya, Muhammad Erminndanish Jafri, 5, serta Dani Miasih, 19, dalam satu cubaan merompak di rumah mereka di Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni di sini pada kira-kira 2.30 petang, 20 Mei 2009. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain