suria

Rapid Penang Perkenal Laluan Baru Untuk Kemudahan Pengguna

GEORGE TOWN: Rapid Penang akan melancarkan route 12 bagi memenuhi permintaan orang ramai yang mahukan laluan baru ke Bandar Sri Pinang di Jelutong berkuatkuasa Isnin ini.

Ketua Pegawai Operasinya Soaidin Jamali berkata pengenalan laluan dari Weld Quay ke Bandar Sri Pinang adalah selaras dengan usaha untuk penambahbaikan yang berterusan dalam memastikan perjalanan yang lancar, mudah dan mampu dimiliki orang awam di negeri ini.

"Perkhidmatan baru ini akan memenuhi permintaan khususnya bagi penduduk di sepanjang Jalan Macallum dan kawasan-kawasan Bandar Sri Pinang. Selain itu, kawasan persiaran di Bandar Sri Pinang mempunyai potensi untuk menjadi tarikan pelancong dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Kadar tambang bagi laluan baru ini adalah kadar rata RM1.40 bagi perjalanan dalam jarak 7km yang mengambil masa kira-kira 21 minit dari permulaan, terminal bas Weld Quay melalui Komtar dan Jalan Macallum dan Bandar Sri Pinang.

"Kami menjangkakan laluan ini akan popular bagi penduduk di kawasan-kawasan berhampiran dan berdasarkan permintaan, akan menambah dua bas tambahan dalam masa terdekat," katanya.

Orang ramai dan penumpang boleh menghubungi talian hotline di nombor 04-2381313 untuk maklumat lanjut, waktu beroperasi adalah dari pukul 5.30 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk hari cuti umum.

Penumpang juga digalakkan melayari laman web Rapid Penang www.rapidpg.com.my; www.facebook.com / rapidpgfans; dan www.twitter.com / rapidpg untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain