suria

Perhimpunan Agung Umno: Pembangkang Ditaja Dengan Agenda Perubahan Rejim

KUALA LUMPUR: Ada pengkhianat-pengkhianat di negara ini yang sanggup bersubahat dengan kuasa-kuasa asing untuk memperkosa negara.

Perwakilan Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa, ada di antara embangkang yang sanggup menjadi alat penjajahan era baru bagi kuasa asing asalkan mereka dapat memenuhi agenda politik merampas pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).

"Mereka ini ditaja dengan pelbagai dana bagi menjayakan agenda 'perubahan rejim' seperti yang berlaku di kebanyakan negara lain.

"Tapi malangnya apabila kita mendedahkan kegiatan-kegiatan subversif ini, kita pula yang dituduh mempromosi teori konspirasi," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, pada Khamis.

Selain itu Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, pembangkang mengamalkan budaya politik pemusnah dengan menanam perasaan benci rakyat kepada kerajaan sedia ada.

Jelas beliau pembangkang sewenang-wenangnya menggunakan pelbagai lebel bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap Umno dan BN.

"Kata mereka kerajaan kita ini korup, mengamalkan nepotisme, kronisme, tidak cekap, tidak relevan, tidak cukup liberal, tidak cukup Islam, terlalu berhaluan kiri, terlalu berhaluan kanan, tidak tegas, mengongkong kebebasan dan hak asasi manusia dan banyak lagi.

"Seolah-olah kerajaan pilihan rakyat ini mahu disamakan dengan kerajaan diktator yang menzalimi rakyat di sesetengah negara Arab.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain