Cadang Ekonomi Wanita Dipertingkatkan Kepada 30% - Wanita Kedah - Semasa | mStar

Cadang Ekonomi Wanita Dipertingkatkan Kepada 30% - Wanita Kedah

KUALA LUMPUR: Bersesuaian dengan 30 peratus bagi dasar profesional dan korporat kaum itu dalam sektor swasta, ekonomi wanita turut dicadangkan agar dipertingkatkan kepada kadar yang sama.

Ketua Wanita Umno Bahagian Langkawi, Mariyam Othman berkata, dalam ekonomi wanita negara, terdapat seramai 86,000 atau 16 peratus usahawan wanita di seluruh negara dan dianggap sebagai satu kejayaan besar.

"Jika dikaji secara mendalam, jumlah ini walaupun dianggap besar tetapi peratus yang tinggi adalah usahawan wanita di peringkat bawah, sederhana serta sederhana tinggi.

"Amat kurang sekali usahawan wanita yang dilahirkan sejak beberapa tahun ini yang boleh bergelar peringkat tinggi atau bertaraf global di mana peratusannya tidak bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) di sini, Rabu.

Mariyam berkata, kadar 30 peratus itu hendaklah berada pada peringkat tinggi dan bertaraf besar.

Ini katanya, akan memberi peluang kepada wanita dan menaikkan kedudukan mereka ke peringkat tertinggi.

"Usaha ini perlu dilakukan secara serius dengan menubuhkan satu sektor khas yang diterajui wanita dan diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat itu," katanya.

Dalam pada itu, Mariyam berkata, perlu ada transformasi budaya makan gaji dalam minda ibu bapa dan seterusnya diterapkan ke dalam minda anak-anak untuk bekerja sendiri, menjadi usahawan sekaligus menjana pendapatan dan kekayaan tanpa had.

"Ini kerana pemikiran ibu bapa lebih menggalakkan anak-anak belajar dan bekerja makan gaji kerana mereka merasakan ia lebih terjamin.

"(Mereka) tak nak fikir banyak, tahu dah dapat gaji setiap bulan," katanya.

Beliau menambah, tidak dinafikan hendak menjadi usahawan bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan modal, pengalaman dan kepakaran.

Tetapi dengan bantuan kerajaan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman, wanita juga akan dapat menjadi usahawan yang berjaya.

Artikel Sebelum

Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain