suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Unit Flat Terbakar Di Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR: Sepuluh unit kediaman di tingkat atas Flat Sri Pulau Pinang di Bandar Tun Razak, Cheras musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, lapan jentera bomba dan 47 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.44 malam.

"Api dapat dikawal sejam selepas bomba tiba di lokasi kebakaran," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, api marak dengan cepat kerana ketiadaan 'tembok api' di aras paling atas bangunan empat tingkat itu.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain