Perhimpunan Agung Umno Bermula - Semasa | mStar

Perhimpunan Agung Umno Bermula

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 bermula hari ini dengan majlis perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Majlis dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, di hadapan 5,477 perwakilan dan pemerhati.

Satu jamuan makan malam sempena perasmian itu juga akan diadakan di Dewan Tun Razak I pada 8 malam ini.

Perhimpunan Agung Umno 2011, berlangsung selama lima hari bermula dengan perasmian serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri pada Selasa.

Perhimpunan agung kali ini dijangka menumpukan kepada pengukuhan jentera pilihan raya parti dalam persediaan parti tunjang pemerintah itu menghadapi pilihan raya umum ke-13. Amanat yang disampaikan oleh Najib akan sarat dengan nasihat dan ingatan, bukan sahaja kepada para perwakilan malah kepada berjuta-juta anggota Umno.

Sempena perhimpunan agung kali ini juga, satu forum antarabangsa turut diadakan bertajuk "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global".

Sebanyak 65 perwakilan daripada 25 parti politik dari 22 negara menghadiri forum itu, yang berlangsung selama dua hari dari Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perhimpunan Agung Umno: Apa Kata Dr M

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.