suria

"Kita Bukan Nak Menangkan Individu Tapi Parti" - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, parti itu tidak berminat untuk memenangkan individu tertentu tetapi parti pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, melihat kepentingan parti melebihi kepentingan individu atau pihak tertentu adalah merupakan satu petanda baik mewakili suara daripada Umno.

Beliau berkata, perwakilan Umno menerima pesanan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan hati yang terbuka dan meletakkan kepentingan itu sebagai mengatasi kepentingan mana-mana individu.

"Ia merupakan satu perkara yang penting yang perlu difahami dalam konteks kita hendak berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Dan penting untuk perwakilan memberikan mandat seluas-luasnya kepada pucuk pimpinan dalam konteks untuk memenangkan parti dan bukannya individu-individu tertentu," katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis taklimat presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Selasa.

Hishammuddin menambah, sebab itulah semua persiapan termasuk bagi calon-calon boleh menang menunjukkan sekurang-kurangnya parti mendapat satu petanda seperti apa yang diharapkan oleh pucuk pimpinan.

"Terserah kepada perwakilan dalam persidangan bagaimana hendak menterjemahkan suara sebenar daripada Umno," katanya.

Beliau menambah, perkara tersebut dapat memastikan suasana dan mood Perhimpunan Agung Umno 2011 diletakkan di landasan yang baik.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata, pada pilihan raya umum akan datang, Umno perlu menang dengan majoriti yang selesa.

"Ini bagi membolehkan rancangan untuk program transformasi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

"Justeru, kita akan pastikan kita dapat kejayaan yang selesa ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain