suria

Pemuda PAS Batal Demo Bantah Program Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS meminta semua Pemuda PAS negeri membatalkan perhimpunan bagi membantah program 'Seksualiti Merdeka' pada Jumaat.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pembatalan itu ekoran pengumuman polis hari ini mengenai pengharaman semua aktiviti program itu, yang bermula dua hari lepas hingga 13 November.

"Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak pantas kerana program itu dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.

Dewan Pemuda PAS sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan itu di semua Masjid Negeri hari ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain