Geram Dengan Gurauan, Lelaki Tumbuk Sepupu Wanita Hingga Patah Hidung - Semasa | mStar

Geram Dengan Gurauan, Lelaki Tumbuk Sepupu Wanita Hingga Patah Hidung

KUANTAN: Seorang lelaki menumbuk sepupu wanitanya sehingga patah hidung kerana geram dengan wanita itu yang mengambil dompetnya sebagai satu gurauan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, lelaki berusia 22 tahun itu pergi berjumpa sepupunya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di Raub, pagi semalam.

Beliau berkata sebelum beredar, dompet lelaki terbabit telah diambil oleh sepupunya berusia 24 tahun tanpa disedari sebagai satu gurauan.

"Kira-kira 12 tengah hari itu, wanita tersebut ke rumah sepupu lelakinya di Taman Raub Jaya untuk memulangkan semula dompetnya," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Katanya selepas memulangkan dompet berkenaan, mangsa yang hendak pulang telah dihalang oleh sepupu lelakinya itu, yang melepaskan tumbukan ke bahagian muka sepupunya selain menyepak dan menghantuk mangsa ke dinding, kerana dipercayai geram dengan gurauan itu.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlalu marah kerana memerlukan kad pengenalannya untuk belajar memandu.

Sementara itu, seorang suri rumah menerima tiga jahitan di kepala selepas dipukul suaminya kerana gagal menyiapkan makanan di rumahnya di Taman Netas Maju, Mentakab pada Rabu lepas.

Mohd Haris berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, suami mangsa yang berusia 55 tahun baru pulang daripada mencari kerja dan ingin menikmati makanan namun isterinya masih belum menyiapkan hidangan.

Katanya mangsa berusia 39 tahun kemudian dipukul dengan kayu di kepala oleh suaminya sebelum dipijak sehingga pengsan.

Kejadian itu turut disaksikan empat anak mereka yang berusia 5 hingga 13 tahun, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Empat Ditahan Dalam Dua Serbuan Di Miri

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain