suria

Syarikat Prasarana Negara Jalankan Kerja Naik Taraf Tiga Laluan RapidKL Monorail

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf pembinaan di tiga Laluan RapidKL Monorail, iaitu Stesen Tuanku, Stesen Imbi dan Stesen Raja Chulan.

Kerja-kerja menaik taraf pembinaan itu dijangka siap pada 23 Disember ini, dan syarikat itu memohon maaf bagi apa-apa kesulitan semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan, menurut kenyataan syarikat berkenaan yang dikeluarkan di sini, Jumaat.

Semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan, kontraktor mendirikan halangan untuk mengasingkan kawasan tapak kerja.

Pengaturan atau pengumuman keselamatan lalu lintas dan orang awam, termasuk pemberi isyarat, notis dan papan tanda, ditempatkan untuk melancarkan aliran trafik selain memastikan keselamatan awam.

Orang ramai boleh menghubungi hotline projek itu di talian 03-22679898 atau menghantar email di [email protected]. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain