Tiada Kenaikan Tambang AirAsia - Tony Fernandes - Semasa | mStar

Tiada Kenaikan Tambang AirAsia - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: AirAsia pada Sabtu memberi jaminan yang syarikat penerbangan itu akan terus kekal sebagai syarikat tambang murah dan mengekalkan struktur tambangnya meskipun menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes menegaskan bahawa, "tambang AirAsia tidak akan dinaikkan atau akan berlaku situasi kurang persaingan".

"AirAsia bermula sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah dan kami akan kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah. Tidak akan ada faedah bagi kami (AirAsia) sekiranya tambang dinaikkan," katanya selepas menyampaikan taklimat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini, Sabtu.

Tony berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada dakwaan bahawa AirAsia akan menaikkan tambang yang akan secara automatiknya mengurangkan persaingan antara kedua-dua syarikat penerbangan itu.

"AirAsia berkisar tentang tambang murah. Kami mahu mendapatkan lebih banyak penerbangan dan untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan kami perlu menawarkan tambang murah.

"Anda mempunyai pilihan, jika anda tidak suka dengan tambang kami (AirAsia), anda tidak akan menggunakan perkhidmatan penerbangan kami," katanya sambil menambah malahan AirAsia perlu bersaing untuk mendapatkan perniagaan.

Rakyat Malaysia perlu meletakkan keyakinan mereka terhadap kerjasama (antara MAS dan AirAsia) itu yang bukan sahaja akan memberi faedah kepada industri tetapi juga negara, kata Tony.

"Rakyat Malaysia, kebiasaannya, hanya akan dapat diyakinkan selepas mereka melihat kejayaan, mereka kemudiannya akan menyesal dengan kesilapan mereka.

"Oleh itu, berilah kami sedikit masa dan kami akan membuktikan kepada anda yang janji niaga ini akan menguntungkan," kata Tony, sambil menambah beliau mengalu-alukan pihak-pihak yang mengkritik AirAsia, MAS atau perjanjian pertukaran saham itu dan mendengar segala pandangan dan pendapat mereka.

Sementara itu, Tony berharap Malaysia Airports akan menyedari faedah perjalanan tambang murah dengan memberikan lebih banyak terminal tambang murah di lapangan-lapangan terbang Malaysia.

"Kami mempunyai sebuah di Kota Kinabalu dan kami berharap mempunyai sebuah di Pulau Pinang dan di Kuching, Sarawak, kerana kami merasakan perjalanan tambang murah adalah satu perniagaan berasingan daripada premium," katanya.

Sementara itu, AirAsia juga meningkatkan operasi AirAsia Japan, Thailand, Indonesia dan Filipina.

"Semua ini kelihatan baik kerana kami terus mencatatkan lebih banyak laluan dan lebih banyak kekerapan dalam 12 bulan lepas.

"Dari segi kewangan, suku ketiga kami nampaknya menggalakkan, saya harap suku keempat juga akan sangat baik dan saya tidak bimbang dengan sebarang kemelesetan, jika pun berlaku.

"Secara realitinya, ia sekarang masa gemilang MAS dan AirAsia kerana kami boleh mendahului dalam perniagaan dan trafik penumpang manakala yang lain (syarikat penerbangan) masih bergelut," kata Tony. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain