suria

Jatuh Kren: Mangsa Kedua Meninggal Dunia

MELAKA: Seorang warga Indonesia yang cedera parah akibat terjatuh dari kren semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini semalam, meninggal dunia pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah yang dihubungi Bernama berkata mangsa yang dikenali sebagai Sutrisno, 34, meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi tadi di Hospital Melaka di sini.

Dalam kejadian pukul 10 pagi semalam, seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, terbunuh manakala rakannya parah selepas terjatuh dari kren yang dinaiki bagi menjalankan kerja mengecat bangunan apabila tiang kren itu patah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain