suria

Konstabel Terkena Tembakan Sendiri Kritikal

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis yang cedera di kepala akibat terkena tembakan pistol sendiri semalam masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan, pagi Rabu.

Konstabel Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, yang menjalani pembedahan di Hospital Kajang pada 7 pagi tadi kini diberi ubat pelali, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab.

"Insiden ini semata-mata satu kejadian tidak sengaja," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Pada 7.30 malam Selasa, Syaiful Nizam baru pulang dari rondaan bersama-sama sekumpulan anggota polis lain apabila kejadian itu berlaku di hadapan stor simpanan senjata Ibu Pejabat Polis Kajang.

Abdul Rashid berkata Syaiful Nizam, yang sudah dua tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kajang, tertembak dirinya sendiri ketika sedang mengosongkan peluru pistol yang dibawanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain