Selangor Tidak Akan Laksanakan Hudud - MB - Semasa | mStar

Selangor Tidak Akan Laksanakan Hudud - MB

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan melaksanakan hukum hudud pada waktu ini, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, sebarang perubahan polisi berkaitan agama Islam perlu dirujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terlebih dahulu.

"Selangor tidak bercadang untuk laksanakan hukum hudud. Apa-apa perubahan polisi berkaitan agama Islam hanya akan dibuat selepas mendapat nasihat dan cadangan daripada MAIS.

"Setakat ini MAIS tak ada ketetapan mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan Selangor akan melaksanakan hukum hudud sepertimana yang dicadangkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada Khamis, Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut mengenai saranan Nik Aziz bahawa DAP boleh keluar pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud, Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Itu saya tak nak komen. Selangor memang tak ada cadangan untuk laksanakan hudud. Sebagai sebuah negeri yang berdiplomasi kita belum ada cadangan untuk laksanakannya," katanya.

Artikel Sebelum

Selangor Catat Simpanan Tunai RM1.1 Bilion

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.