suria

HSBC Malaysia Dinobat Bank Komersial Asing Terbaik

KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia Bhd dipilih sebagai "Bank Komersil Asing Terbaik 2011" oleh majalah FinanceAsia.

Menurut bank berkenaan anugerah itu merupakan pengiktirafan terhadap pencapaiannya dalam perbankan komersial serta bukti prestasi dan francais kukuh mereka di Malaysia.

Dalam satu kenyatan pada Rabu, HSBC Bank Malaysia berkata perniagaan perbankan komersial dalam negara berkembang sebanyak 50 peratus pada 2010, dipacu oleh pendapatan dalam aset serta kualiti aset yang bertambah baik.

Peserta pembiayaan perdagangan dan pengurusan tunai utama di Malaysia, HSBC merupakan satu-satunya bank milik asing yang diluluskan Bank Negara Malaysia untuk menawarkan kontrak hadapan Renminbi.

"Kejayaan kami bergantung kepada kekuatan jenama kami, banyak kecairan, asas modal, kos disiplin, hubungan perbankan serta kemampuan pengedaran global kami dan kami akan terus mengharapkan kekuatan ini dan lebih banyak lagi bagi membawa kami ke tahap baru," kata Mukhtar Hussain, Timbalan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia dan CEO Global, HSBC Amanah. - BERNAMA

Artikel Lain