suria

Agong Lawat Pusat Perubatan dan Rehabilitasi WQ Park

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenaan melawat Pusat Perubatan Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park di Kelana Jaya di sini. Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut Ketua Pegawai Eksekutif WQ Park, Datuk Dr Zulkharnain Ismail.

Tuanku Mizan meluangkan masa sejam melawat beberapa kemudahan yang terdapat di pusat berkenaan seperti kolam hidroterapi, bilik Program Meningkatkan Pembelajaran, Bilik Terapi Pertuturan selain menguji alat fisioterapi.

WQ Park merupakan sebuah pusat pemulihan yang menyediakan rawatan komprehensif untuk pesakit daripada semua peringkat umur dengan tumpuan utama ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit terutama golongan kelainan upaya.

Dr Zulkharnain berkata objektif utama pusat rehabilitasi itu ialah membangunkan satu program pengurusan yang bersepadu bagi tujuan pemulihan serta menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pesakit luar yang memerlukan pemulihan dan pembangunan neurologi.

Sejak beroperasi pada 1 April tahun lalu, lebih 1000 pesakit telah mendapatkan rawatan di WQ Park. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain