MAS Kecewa Dengan Kenyataan MASEU - Semasa | mStar

MAS Kecewa Dengan Kenyataan MASEU

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS.

Menurut MAS, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF).

"MAS mahu menjelaskan bahawa CCF bukannya melibatkan pertikaian perdagangan dan menganggap CCF sebagai urusan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham yang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan terbaik syarikat itu.

"Bagaimanapun MAS sentiasa meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam semua keputusan perniagaan," kata syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan.

MAS berkata ia telah dan akan terus melibatkan kesatuan.

MAS juga berkata pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai.

Semalam tiga kesatuan itu mempunyai keanggotaan seramai 15,000 orang mengumumkan anggotanya akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.

Presiden Maseu Alias Aziz dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baharu syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baharu dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MAS Sediakan 38 Penerbangan Khas Haji

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain