suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Peratus Penjawat Awam Di Pahang Terpengaruh Dakyah Isu Lynas

KUANTAN: Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail mendedahkan kira-kira 15 peratus penjawat awam di negeri itu dipercayai terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu berhubung isu Lynas.

Malah kata beliau, ada pada kalangan mereka yang menampal pelekat 'Stop Lynas' pada kenderaan masing-masing.

"Saya ada nampak petugas berkenaan yang menampal pelekat 'Stop Lynas' pada kenderaan masing-masing seperti yang terdapat di pekarangan Wisma Sri Pahang," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Muhammad Safian berkata beliau percaya mereka terpengaruh dengan dakyah berkenaan kerana maklumat sebenar mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng itu tidak sampai kepada mereka.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya telah membuat penerangan mengenai isu tersebut kepada ketua jabatan untuk disampaikan kepada petugas di bawah seliaan mereka.

Beliau berkata sesi penerangan mengenai isu itu akan diadakan dari semasa ke semasa bagi mengelak penjawat awam menerima fakta yang tidak tepat selain memberi maklumat terkini.

Selain itu, beliau turut meminta penjawat awam yang mempunyai pandangan berhubung isu terbabit agar membuat bantahan dengan cara yang betul melalui ketua jabatan masing-masing dan bukan dengan menyertai perhimpunan haram.

Malah Muhammad Safian berkata, mereka dialu-alukan untuk terus menyampaikan bantahan kepada beliau sendiri.

"Sekiranya tertangkap (menyertai bantahan), petugas kerajaan yang terlibat itu boleh dikenakan tindakan tatatertib," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain