suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa, Anak Maut Dalam Kemalangan

KUANTAN: Dua beranak maut selepas lori yang mereka naiki merempuh sebuah lori lain dalam satu kemalangan di Kilometer 194.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata mangsa yang maut ialah pemandu lori terbabit, Tukiran Abd Raub, 50, dan anaknya yang juga kelindan, Niszriewan Tukiran, 22, dari Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Beliau berkata ketika kejadian pada 3 pagi itu, dua beranak terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

Katanya setibanya di tempat kejadian lori tanki tanpa muatan yang dipandu Tukiran dipercayai telah merempuh bahagian belakang sebuah lori dengan muatan bijih besi dari arah sama.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam lori sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat manakala pemandu lori membawa muatan bijih besi tidak mengalami kecederaan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain