suria

ETP: PM Umum RM1.43 Bilion Dalam Pelaburan

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bergambar bersama rakan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) selepas menyampaikan maklumat terbaru mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Suruhanjaya Sekuriti di sini, Khamis. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. -foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan sepuluh inisiatif dibawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Daripada inisiatif berkenaan, lapan adalah inisiatif baru manakala dua lagi adalah projek yang dipulihkan daripada lapan BidangEkonomi Utama Negara (NKEA) sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, sepuluh inisiatif tersebut akan menghasilkan RM1.43 bilion dalam pelaburan serta RM8.4 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK).

Selain itu ia turut akan mewujudkan sebanyak 9,905 peluang pekerjaan baru.

Lapan inisiatif berkenaan meliputi pelbagai sektor seperti pertanian, pendidikan, aeroangkasa, borong, runcit dan pembuatan.

Menurut Najib, Kuala Lumpur Kepong Bhd akan melabur RM706 juta dalam usaha untuk membangunkan sektor hiliran dalam industri minyak sawit.

Sementara itu Najib berkata Stand Aerospace Malaysia Sdn Bhd akan menerajui inisiatif untuk membangunkan dan meletakkan Malaysia sebagai hab bagi perkhidmatan kejuruteraan nilai tinggi dengan pelaburan sebanyal RM177 juta.

Bagi aspek penjagaan kesihatan, Vasseti Datatech Bhd akan melabur sebanyak RM400 juta bagi memasang 1,410 set televisyen 42 inci di 168 lokasi di seluruh negara, termasuk hospital, klinik 1Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

"MedikTV adalah saluran penyiaran rasmi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Inisiatif ini merupakan usaha kementerian untuk mendidik masyarakay mengenai kesihatan.

"Pada permulaannya saluran ini akan dapat ditonton di IPTV sebelum tersedia secara dalam talian," katanya.

Menerusi bidang pertanian, Najib berkata Hannan Corporation Sdn Bhd akan melabur RM72.6 juta bagi pembinaan dua kompleks akuakultur yang boleh menghasilkan 14,000 tan udang putih setahun.

Manakala bagi produk herba nilai tinggi, Nova Laboratories Sdn Bhd akan melabur sebanyak RM16.29 juta dalam penyelidikan dan pembangunan serta ujian praklinikal dan klinikal bagi membangunkan tiga produk herba nilai tinggi dan pengkomersialannya.

"Tiga produk berkenaan ialah kapsul Hepara-P sebagai ejen perlindungan hati, produk anti penuan luaran dan produk anti penuaan ora.

"Kedua-dua produk ini akan mempunyai kesan pencegahan kulit," katanya.

Sementara itu menurut Najib, Doorstep Retail Sdn Bhd akan melabur RM35 juta menjelang 2020 bagi menyediakan platform memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi kemudahan dan sokongan teknikal.

Umum Najib lagi, Koperasi Jiwa Malaysia Bhd akan menerajui inisiatif bagi menyediakan platform beli belah maya untuk PKS untuk memasuki dalam usaha talian, dengan pelaburan sebanyak RM15 juta.

Pelaburan kelapan akan menyaksikan DSEM Holdings Sdn Bhd berkembang daripada pembuatan kontrak kepada syarikat yang menghasil, mengedar dan pasaran jenamanya sendiri bagi produk LED.

Bagi sumber manusia, Perdana Menteri berkata MyProCert, di bawah MSC Malaysia, merupakan program meningkatkan kemahiran warga Malaysia warga Malaysia ke arah standard pensijilan antarabangsa, berserta Program Peningkatan Bakat Negara (NTEP).

Menurut Najib, sehingga kini, sebanyak 84 peratus inisiatif di bawah ETP sedang giat dilaksanakan dengan 23 inisiatif siap beroperasi.

Daripada peratusan itu, 50 inisiatif telah bermula manakala 14 lagi inisiatif sedang giat dijalankan sejak dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

"Secara keseluruhannya ETP mencatatkan RM171.21 bilion dalam pelaburan, RM228.55 bilion dalam PNK dan 372,361 pekerjaan baru," katanya.

Katanya lagi, sehingga kini Malaysia menyaksikan RM21.3 bilion dalam Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi separuh pertama 2011.

"Ini merupakan satu lonjakan 76 peratus dalam FDI berbanding dengan RM12.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Ini jelas menunjukkan bahawa pelabur-pelabur asing semakin yakin dengan kelebihan yang ditawarkan oleh Malaysia," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain