suria

Polis Berkas Dua Lelaki Kes Bunuh 'Along'

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing ditahan di kawasan Puchong hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemberi hutang atau 'Along' di Petaling Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kedua-dua lelaki itu, yang seorang daripadanya pemilik premis kopitiam dan karaoke di kawasan Petaling Jaya Commercial City, ditahan reman tiga hari mulai hari ini.

"Rakaman kamera litar tertutup di dalam premis itu akan digunakan bagi membantu siasatan kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Phua Wei Loon, 25, ditemui mati oleh rakannya di premis itu selepas dia mengutip hutang kira-kira 9.30 malam.

Polis percaya pemilik premis itu dan Phua bergaduh sebelum mangsa ditetak yang menyebabkan kematiannya. - BERNAMA

Artikel Lain