Bekalan Minyak Masak Ditambah - Semasa | mStar

Bekalan Minyak Masak Ditambah

BERA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menambah 10 peratus lagi bekalan minyak masak kepada pembekal dan pemborong di seluruh negara sejak 1 Ogos lepas bagi kegunaan pada bulan puasa dan hari raya Aidilfitri nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bekalan itu adalah untuk edaran kepada peniaga dan peruncit.

"Kita berharap dengan tambahan bekalan sebanyak 10 peratus ini, pengguna tiada masalah untuk mendapatkan bekalan minyak masak pada hari raya nanti," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk dan berbuka puasa bersama pekerja kilang sawit Felda Triang Dua di sini Ahad.

Ismail Sabri berkata kementerian akan membuat pemantauan bagi memastikan bekalan barangan keperluan hari raya tahun ini termasuk kelapa, gula dan lain-lain mencukupi.

"Malah pegawai-pegawai KPDNKK di setiap negeri akan memberikan laporan dua kali sehari mengenai barang-barang keperluan tersebut," katanya.

Mengenai kelapa, beliau, berkata Fama mengimport enam juta biji kelapa bagi kegunaan sepanjang puasa dan hari raya, di mana sebanyak tiga juta biji telah dipasarkan di seluruh negara.

Beliau berkata sekiranya barang keperluan harian berkurangan atau kehabisan akibat penggunaan yang berlebihan, langkah membawa masuk barangan dari negara pengeluar akan dilakukan segera bagi mengelak bekalan terputus.

Katanya 14 hingga 18 jenis barang keperluan hari raya yang diletakkan di bawah senarai harga barang kawalan akan diumumkan minggu depan bagi panduan pengguna. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain