suria

Diskaun 50 Peratus Guna Kereta Kabel Langkawi

LANGKAWI: Panorama Cable Car Langkawi Sdn Bhd, yang mengendalikan perkhidmatan kereta kabel di sini, menawarkan diskaun 50 peratus kepada pengunjung rakyat Malaysia sempena promosi khas Ramadan dari 1 hingga 29 Ogos ini.

Pegawai Operasi Panorama Langkawi, Ebi Azly Abdullah, berkata promosi itu bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati keindahan pulau peranginan itu dari sekitar Gunung Matchincang.

Syarikat itu juga menyediakan pakej istimewa kepada rombongan pelajar sekolah dengan minimum 20 orang iaitu RM10 untuk pelajar dan percuma kepada guru pengiring berbanding harga biasa RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Ebi Azly berkata tempoh operasi kereta kabel sempena Ramadan pula adalah dari 9 pagi hingga 5 petang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain