suria

Batal Larangan Tutup Pusat Hiburan: Kerajaan Kedah Tak Pernah Jumpa Pemimpin DAP

ALOR SETAR: Kerajaan Pas Kedah tidak pernah bertemu atau mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pemimpin DAP berhubung isu larangan pusat hiburan beroperasi di negeri itu sepanjang Ramadan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya beliau menyerahkan perkara itu kepada pentadbiran kerajaan negeri untuk membuat sebarang keputusan setelah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengusaha pusat-pusat hiburan nanti.

"Saya cuti sakit, telefonpun tutup sebab doktor nasihat suruh rehat, tak pernah jumpa Lim Kit Siang atau Karpal Singh, lepas cuti sakit saya jumpa wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah (Sabtu lalu) yang hantar memorandum pasal isu ini.

"Saya serah perkara ini kepada bahagian kerajaan tempatan, saya tak mahu masuk campur dah, kita tengok la nanti apa syarat depa (bahagian itu)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa kerajaan Kedah menarik balik keputusan untuk menguatkuasakan larangan itu kerana tunduk kepada desakan DAP.

Ketika ditanya adakah Kerajaan Kedah tunduk kepada desakan DAP itu, Azizan menjawab: "Tak tunduk". -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain