DUN Lulus Usul Tindakan Roboh Rumah Ibadat Perlu Kelulusan Exco - Semasa | mStar

DUN Lulus Usul Tindakan Roboh Rumah Ibadat Perlu Kelulusan Exco

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu meluluskan usul supaya sebarang tindakan untuk meroboh atau memindahkan rumah ibadat Islam dan bukan Islam perlu mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Untuk itu, kerajaan negeri diminta mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak-pihak berkuasa tempatan agar mematuhi arahan tersebut.

Usul yang dibawa oleh M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) pada sidang dewan itu juga menggesa Kerajaan Negeri untuk menentukan semua masjid, surau, kuil Hindu, tokong Cina, gereja dan semua rumah ibadat lain kekal di tempat asal masing-masing.

Usul itu disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kg Tunku), Gan Pei Nei (PKR-Rawang) dan Lee Kim Sin (DAP-Kajang).

Manoharan juga berkata, sudah sampai masanya garis panduan pembinaan rumah ibadat Islam dan bukan Islam di taman-taman perumahan dipanjangkan kepada syarikat-syarikat pemaju milik kerajaan negeri dan bukan hanya pemaju swasta.

Lee semasa membahaskan usul berkenaan berkata, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam telahpun mengeluarkan pekeliling bahawa rumah ibadat bukan Islam yang dibina sebelum 2008 tidak boleh dirobohkan tanpa persetujuan Exco negeri.

Persidangan dewan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain