Umno Kelantan Letak Calon Mampu Menang - Semasa | mStar

Umno Kelantan Letak Calon Mampu Menang

JELI: UMNO Kelantan hanya akan meletakkan calon yang berpotensi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, termasuk meletakkan calon yang tidak mempunyai kedudukan dalam parti.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO Kelantan akan membuat penelitian dalam soal pemilihan itu dengan hanya meletakkan calon berwibawa bagi mewakili BN.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah ingatkan bahawa calon yang boleh menang sahaja akan diletakkan bagi mewakili BN, jadi saya selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan akan membuat penelitian dalam soal ini.

"Yang penting ialah tokoh berwibawa dan mampu meraih sokongan supaya kita boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Memperkasa Jeli' di Dewan Majlis Daerah Jeli di sini, Ahad.

Mengenai lawatan Perdana Menteri ke Kelantan semalam, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kehadiran begitu ramai orang pada setiap program yang dihadiri Najib membuktikan bahawa usaha yang dilakukan oleh UMNO selama ini mula diterima rakyat.

"Jumlah yang datang lebih 50,000 dalam tiga pertemuan (Najib) dengan rakyat dan saya gembira dan bersyukur kerana kerja-kerja kita telah menampakkan hasil. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kelantan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?