suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Keluarga Enam Ditahan Hanya Boleh Datang Ke Bukit Aman Pada Isnin

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan semula tengah hari ini mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dibenarkan datang ke Bukit Aman dan menemui mereka pada Isnin.

Jurucakap Bukit Aman yang enggan dikenali berkata ini kerana keenam-enam individu berkenaan termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj masih lagi disoal siasat dan tidak boleh dibebaskan.

"Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman masih lagi menjalankan siasatan.

"Sesiapa sahaja tidak dibenarkan mengganggu siasatan atau berjumpa mereka tanpa keperluan. Kamu perlu datang pada Isnin dan bukannya malam ini " katanya kepada pemberita dan sekumpulan individu, dipercayai mempunyai kaitan keluarga dengan enam yang ditahan itu di pekarangan luar Bukit Aman di sini malam Sabtu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang. Tempoh reman mereka mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong tamat hari ini.

Kesemua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi oleh anasir-anasir subversif.

Terdahulu, di pekarangan luar Bukit Aman, kira-kira 50 individu yang mempunyai kaitan dengan keenam-enam yang ditahan itu berkumpul diketuai peguam mereka, K. Arumugam menuntut untuk mengetahui status penahanan mereka.

Mereka tiba kira-kira pukul 9 malam dan bersurai satu jam kemudian selepas diberitahu untuk datang ke Bukit Aman pada Isnin bagi mengetahui status lanjut kes berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain